Apa itu Forex & Bitcoin

Pengenalan Forex

Forex, FX – adalah singkatan untuk 'foreign exchange' – adalah aktiviti memperdagangkan matawang suatu negara dengan matawang suatu negara lain. Forex adalah salah satu dari pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai matawang. Ia membantu pelaburan dan perdagangan antarabangsa melalui transaksi pertukaran asing. Pada tahun 2016, volum Forex harian adalah sebesar $5.1 trilion menurut data dari Bank Penyelesaian Antarabangsa (BIS). 200 kali ganda lebih besar daripada pasaran saham.


Asas Forex adalah sama seperti mana perniagaan lain iaitu seperti membeli mata wang pada harga rendah dan menjualnya semula setelah ada kenaikan harga untuk mendapat keuntungan.

Sebagai contoh, jika seorang pedagang menjangkakan Euro akan menguat berbanding Dollar Amerika, dia akan menjual Dollar untuk membeli Euro.
Jika Euro menguat, beliau akan menjual Euro dan membeli semula Dollar, dan ini akan meningkatkan jumlah akhir Dollar dalam milikan beliau.  

Apa pula Bitcoin?

Bitcoin adalah sistem world wide cryptocurrency dan sistem pembayaran digital yang dikenali sebagai mata wang digital pertama yang terdesentralisasi, kerana sistem yang berfungsi tanpa repositori pusat atau sesuatu pentadbiran. Ia dicipta oleh seorang programmer yang tidak dikenali, atau sekumpulan programmer di bawah nama Satoshi Nakamoto  dan dikeluarkan dalam sistem software terbuka pada tahun 2009. Sistem ini adalah peer-to-peer, dan urus niaga berlaku antara pengguna secara langsung, tanpa perantara orang tengah. Urusniaga ini disahkan oleh pelombong rangkaian dan direkodkan dalam satu software yang dipanggil blockchain.

Selain dicipta sebagai ganjaran untuk perlombongan, bitcoin boleh ditukar untuk mata wang lain, produk, dan perkhidmatan. Sehingga Februari 2015, lebih 100,000 peniaga dan vendor menerima bitcoin sebagai pembayaran. Bitcoin juga boleh di buat sebagai pelaburan. Menurut penyelidikan yang dihasilkan oleh Universiti Cambridge pada tahun 2017, terdapat 2.9 hingga 5.8 juta pengguna unik menggunakan wallet cryptocurrency, kebanyakannya menggunakan bitcoin. 


Perkataan bitcoin tertulis di atas kertas putih yang menyatakan bitcoin yang diterbitkan pada 31 Oktober 2008. Ia adalah campuran perkataan dan koin. 






GENIUS GLOBAL NETWORK



Komen
2 Komen

2 comments:

nazrig4 said...

Hebat

Anonymous said...

obhviously ike уour web-site howevеr you neеd to taҟe а
lоok at thе spelling ߋn ѕeveral ߋf your posts. Many οf
tҺem are rife ѡith spelling problemѕ and Ι find it veгy bothersome to inform the truth nevеrtheless I
will surely come again again.

Review mmy wbsite tert htyt

© Genius Trader | Design By MH