Apa itu Forex & Bitcoin

Pengenalan Forex

Forex, FX – adalah singkatan untuk 'foreign exchange' – adalah aktiviti memperdagangkan matawang suatu negara dengan matawang suatu negara lain. Forex adalah salah satu dari pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai matawang. Ia membantu pelaburan dan perdagangan antarabangsa melalui transaksi pertukaran asing. Pada tahun 2016, volum Forex harian adalah sebesar $5.1 trilion menurut data dari Bank Penyelesaian Antarabangsa (BIS). 200 kali ganda lebih besar daripada pasaran saham.


Asas Forex adalah sama seperti mana perniagaan lain iaitu seperti membeli mata wang pada harga rendah dan menjualnya semula setelah ada kenaikan harga untuk mendapat keuntungan.

Sebagai contoh, jika seorang pedagang menjangkakan Euro akan menguat berbanding Dollar Amerika, dia akan menjual Dollar untuk membeli Euro.
Jika Euro menguat, beliau akan menjual Euro dan membeli semula Dollar, dan ini akan meningkatkan jumlah akhir Dollar dalam milikan beliau.  

Apa pula Bitcoin?

Bitcoin adalah sistem world wide cryptocurrency dan sistem pembayaran digital yang dikenali sebagai mata wang digital pertama yang terdesentralisasi, kerana sistem yang berfungsi tanpa repositori pusat atau sesuatu pentadbiran. Ia dicipta oleh seorang programmer yang tidak dikenali, atau sekumpulan programmer di bawah nama Satoshi Nakamoto  dan dikeluarkan dalam sistem software terbuka pada tahun 2009. Sistem ini adalah peer-to-peer, dan urus niaga berlaku antara pengguna secara langsung, tanpa perantara orang tengah. Urusniaga ini disahkan oleh pelombong rangkaian dan direkodkan dalam satu software yang dipanggil blockchain.

Selain dicipta sebagai ganjaran untuk perlombongan, bitcoin boleh ditukar untuk mata wang lain, produk, dan perkhidmatan. Sehingga Februari 2015, lebih 100,000 peniaga dan vendor menerima bitcoin sebagai pembayaran. Bitcoin juga boleh di buat sebagai pelaburan. Menurut penyelidikan yang dihasilkan oleh Universiti Cambridge pada tahun 2017, terdapat 2.9 hingga 5.8 juta pengguna unik menggunakan wallet cryptocurrency, kebanyakannya menggunakan bitcoin. 


Perkataan bitcoin tertulis di atas kertas putih yang menyatakan bitcoin yang diterbitkan pada 31 Oktober 2008. Ia adalah campuran perkataan dan koin. 






GENIUS GLOBAL NETWORK



Read More »

Keperluan Asas untuk Trade dan lombong Bitcoin

Peralatan Yang Anda Perlukan Untuk Trade Forex Dan Lombong Bitcoin

Untuk Trading Forex Anda Perlu Memiliki Salah Satu Peralatan Di Bawah


Smartphone


Tablet


Laptop


Dekstop



Untuk Melombong Pula Anda Perlu Memiliki Machine Mining Seperti Di bawah


Antminer

Bitman


Bila dah ada salah satu di atas, Yang ini wajib ada adalah wifi/sambungan Internet . . .






GENIUS GLOBAL NETWORK



Read More »

Kelebihan Dalam Trade Forex dan Mining Crypto Currency

Kelebihan Trade Forex


Kadar kecairan Yang Tinggi

Pasaran kadar tukaran matawang asing adalah pasaran kewangan yang terbesar dan paling cair di dunia. Ia menarik para pedagang dari seluruh dunia, menawarkan peluang yang bagus dan menjanjikan keuntungan pantas. Salah satu kelebihan perdagangan Forex yang sudah terbukti adalah volum perdagangan yang amat besar, yang meliputi kelas aset yang terbesar secara global dan kecairan yang tinggi.

Buka 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu

Pasaran tukaran matawang asing sangat dinamik sepanjang hari dengan sebut harga berubah-ubah setiap waktu. Ia adalah satu-satunya pasaran yang benar-benar beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu. Matawang didagangkan di bursa-bursa saham terbesar dan pasaran di seluruh dunia: di Zurich, Hong Kong, New York, Tokyo, Frankfurt, London, Sydney dan Paris. Ini bermakna merentasi setiap zon waktu pasarannya adalah aktif – bila pasaran tutup di Amerika Syarikat, perdagangan bermula di Tokyo dan Hong Kong.
Keanjalan masa sangat menyenangkan untuk para pedagang yang mempunyai jadual kerja yang sibuk. Mereka tidak perlu bimbang tentang waktu pembukaan dan penutupan pasaran dan bebas untuk mengatur aktiviti dagangan mereka bila-bila mereka mahu.

Kelebihan Mining Crypto Currency / Bitcoin



Pasaran Dibuka 24 Jam Sehari , 7 Hari Seminggu! non stop

Pasaran saham hanya dibuka 8 jam sehari, tetapi pasaran Crypto Currency dibuka 24 jam sehari!

Urusan Transaksi Yang Sangat Pantas!

Transaction Fee Bitcoin adalah yang paling rendah dari mata wang lain

Peningkatan harga bitcoin sangat cepat berbanding simpanan emas

Bitcoin tidak dikawal oleh mana2 bank atau pon pihak kerajaan

Bitcoin lebih mudah untuk dibawa kemana-mana kerana hanya disimpan dalam bentuk digital berbanding wang kertas



GENIUS GLOBAL NETWORK




Read More »
© Genius Trader | Design By MH